Sunday 25 October 2015

kita manusia

kerana aku cuma manusia
biasalah
ingin miliki apa yang sukar dikecap
tapi sukar itu bukan suatu yang mustahil
jangan herdik 
jangan hina

kerana kau juga manusia
datang dari tanah yang sama
tetap tunduk pada Dia
cuma Dia

Thursday 20 August 2015

-

saat mahu bingkas dari kejatuhan
lagi berganda dugaan menerpa
terus terasa kehilangan semula
dari semua titik dan arah

apakah aku saja yang merasakan?

atau aku terlalu memikirkan?


Tuesday 21 July 2015

Biarkan

biarkan memori kita terpadam oleh masa
walau cuma melihat dibalik minda

biarkan memori kita terpadam oleh masa
biarpun yang didengar bayangan tawa membisik telinga

biarkan memori kita terpadam oleh masa
hingga lenyap menjadi sisa

biarkan memori kita terpadam oleh masa
kerna waktu kan mengurus segala

biarkan...