disaat manusia sedang berselimut mimpi
di sini aku masih tersesat dalam fikiran sendiri
cuma merindukan waktu yang dulu
dan cuma mahu rindukan sang cinta yang sama masa lalu
bisakah?
wahai sang cinta
izinkan aku curi-curi merinduimu dalam diamku
izinkan aku curi-curi mengingatimu dalam lenaku
izinkanlah aku mencoret kenangan kita dalam fantasiku
selamat mimpikan kita sayangku!
*buat si sahabat yang rindukan dia (crush). moga sedang bersabar.
Thursday 28 May 2015
Tuesday 26 May 2015
Cuma mimpi
kalau setiap mimpi yang indah itu dimakbul Tuhan
aku orang paling bahagia tiap kali ke alam mimpi
kalau setiap mimpi indah itu mampu mematahkan perit ditekak ku
aku orang paling kerap akan tidur dalam sehari-hariku
menunggu yang indah-indah belaka
menanti yang tiada jemunya
menanti yang tiada jemunya
sesungguhnya
mimpi itu cumalah mainan bisikan syaitan
Monday 25 May 2015
Dia
kalau orang tanya pada aku dia tu jenis apa
aku akan jawab perempuan yang dalam dirinya penuh kemarahan
yang cuba berlagak tenang
tapi aku percaya kalau aku tanya lain orang apa sifat dia
rata-rata beri jawapan sama;
jenis pendiam
jenis senyum tak lekang
jenis payah meradang
dia tu
sebenarnya jenis menahan
menepis
apa semahunya yang ada didada
aku akan jawab perempuan yang dalam dirinya penuh kemarahan
yang cuba berlagak tenang
tapi aku percaya kalau aku tanya lain orang apa sifat dia
rata-rata beri jawapan sama;
jenis pendiam
jenis senyum tak lekang
jenis payah meradang
dia tu
sebenarnya jenis menahan
menepis
apa semahunya yang ada didada
Subscribe to:
Posts (Atom)