Sunday, 17 March 2013

suara akal

kalau setiap mata tak mahu dipandang
maka tiada guna merayu lagi

kalau setiap bicara tak mahu didengar 
maka tiada guna memujuk lagi

kalau setiap hati bertulangkan rasa benci
maka tiada guna usaha lagi

dan
aku serahkan segalanya pada Ilahi