Monday 24 December 2012

express

bila makin besar dan makin meningkat usia
semakin ditinggalkan kawan lama masa sekolah dulu
yang gelak sama-sama
gurau sama-sama
makan sama-sama
study group sama-sama
sedih sama-sama
ketawa sama-sama

tapi sekarang
semakin renggang
semakin awkward
semakin kurang bercakap
ada yang tak ada effort untuk contact masing-masing
ada jugak yang buat-buat tak kenal
dan ada yang prefer mendiamkan diri atau buat hal sendiri
mungkin
itu yang aku rasakan
itu yang aku nampak dari mata kasar

tapi kenapa?

adakah sebab taraf tawaran pendidikan yang diorang terima tu dirasakan suatu darjat?
adakah sebab kualiti hidup semakin baik membuatkan diorang memberi respon yang cuma ala kadar?

tapi
apapun aku hormat cara diorang
mungkin bukan rezeki untuk rapat macam dulu-dulu

Friday 14 December 2012

dalam hati

barangkali
ada someone special
dalam hati
crush?
boyfriend?
tak kisah apa pun
biar aku simpan sorang
dalam hati
selagi tak mengganggu emosi

he he he

Thursday 13 December 2012

aku mohon


Tuhanku
aku mohon
titipkan aku dengan kesabaran yang tinggi
biuskan aku  dengan kecekalan hati yang kuat
teguhkan kaki ini untuk terus berdiri gagah

kerna semua ini;
buat Mu ya Ilahi
buat orang tuaku
buat keluargaku
buat negaraku

supaya aku bisa;
menjadi hamba yang taat dan akur
menjadi anak yang solehah dan patuh
menjadi adik yang bertanggungjawab
menjadi bangsa yang berbakti

pimpimlah aku ke denai dan liku itu
meskipun sukar buatku


Wednesday 12 December 2012

pakcik otai


Seorang pakcik pergi menghantar anaknye ke sekolah dgn moto..semasa dalam
perjalanan pulang..ade polis membuat road block...dan menahan pakcik 2....tetapi pakcik 2 xstop...
so polis kejar pakcik 2 sampai dapat..selepas berjaya menahan pakcik 2...polis 2 tanya

"kenapa pakcik xstop mase saya tahan td...pakcik tahu kan salah bawak moto tiada lampu "
dengan slumber pakcik 2 jwab...
" jgn ckp lampu...brek pown xde "

Macam mana nak berhenti, break takde =P


sumber: himpunan lawak jenaka

untungnya seorang wanita


Ketika hayatnya sebagai anak, dia membuka pintu syurga untuk ayahnya. Ketika hayatnya sebagai seorang isteri, dia menyempurnakan agama suaminya. Ketika hayatnya sebagai seorang ibu, syurga di bawah telapak kakinya. Jika setiap orang tahu status sebagai seorang wanita dalam Islam, mesti lelaki juga mahu menjadi wanita. - Sheikh Akram Nadawi

yang terdalam


menunduk malu
dengan serendah darjat yang ada dari dulu
berwakilkan hati lalu menutupi suara lantangku
aku menadah dua telapak tangan yang bukan milikku

"ya Rabb, tolong beri aku peluang untuk menjadi sebaik-baik hambamu"
"ku mohon jangan kau lepas penganganMu padaku"


gaza yang syuhada


ya muhaimin
tak mampu lagi aku menahan timbunan rasa pilu
melihat saudara Islamku dimamah si zalim itu

ya rahman
tak tertahan lagi jiwa ini menahan gelodak sebak
melihat setiap uraian potret saudaraku yang tersebar di celahan rangkain dunia

ya rahim
jangan kau biarkan si yahudi itu meratah daging saudaraku
jangan kau biarkan si jahil itu meliar dengan keganasan di bumi milikMu ini

ya malik
ku mohon kau beri perlindungi hati yang cekal dan teguh
buat mereka yang jauh di sana

wahai gaza negera syuhada yang diredhai Allah
bertahanlah!
kerana peperangan ini adalah kemenangan yang hakiki
bersabarlah!
kerana peperangan ini adalah syurga yang selamanya

ku panjatkan, ku pagari ribuan dan jutaan doa
buatmu di sana
dengan setiap nafas, nadi dan langkah
moga dilindungi

sesungguhnya tiada yang lebih mengetahui melainkan Dia yang satu!

semula di sini

assalamualaikum buat sesiapa yang tersinggah di sini
ini adalah belog kedua selepas penunggu blogger (kusimple.blogpsot.com)
belog yang sebelum ni telah TERdelete
tak tahu nak explain macam mana
memang frust menoggeng sebab tu blog yang sangat nostalgik bagi aku

maka di sini adalah permulaan baru
sekali lagi
udara dan ruang yang baru

bismillah..