kalau orang tanya pada aku dia tu jenis apa
aku akan jawab perempuan yang dalam dirinya penuh kemarahan
yang cuba berlagak tenang
tapi aku percaya kalau aku tanya lain orang apa sifat dia
rata-rata beri jawapan sama;
jenis pendiam
jenis senyum tak lekang
jenis payah meradang
dia tu
sebenarnya jenis menahan
menepis
apa semahunya yang ada didada
Monday, 25 May 2015
Tuesday, 26 November 2013
Keringkan hati
Biar dimaki asal kau ikhlas
Biar dicaci asal kau jujur
Biar mereka terus menghukum
Asal kau tahu siapa diri kau
Pekakkan telinga
Keraskan hati
Kau takkan mati
Biar dicaci asal kau jujur
Biar mereka terus menghukum
Asal kau tahu siapa diri kau
Pekakkan telinga
Keraskan hati
Kau takkan mati
Sunday, 17 March 2013
suara akal
kalau setiap mata tak mahu dipandang
maka tiada guna merayu lagi
kalau setiap bicara tak mahu didengar
maka tiada guna memujuk lagi
kalau setiap hati bertulangkan rasa benci
maka tiada guna usaha lagi
dan
aku serahkan segalanya pada Ilahi
Subscribe to:
Posts (Atom)

